Setengah hamba Allah makin banyak nikmat, semakin kufur nikmat
dan jauh daripada Allah
Apabila diuji pula dengan kesusahan tidak sabar pula dan tidak redha, bertambah
jauh dengan Allah
Ada setengah hamba dengan nikmat dia kufur, dengan ujian kesusahan dia insaf
dan dekat dengan Tuhannya
Ada juga apabila diuji dengan kesusahan dia kufur dan jauh dengan Allah,
diuji dengan nikmat semakin dekat dengan Allah
Ada pula hamba Allah semakin banyak nikmat dan semakin banyak ujian
yang menyusahkan semakin dekat dengan Tuhannya
Tapi apa yang berlaku di dalam pengalaman manusia
ujian dengan nikmat ramai yang tidak tahan
Ada yang asalnya baik apabila senang dan mewah dia jadi syaitan
Dia lupa daratan dan semakin jauh dengan Allah penciptanya
Sedikit sekali di kalangan hamba Tuhan tidak tergugat imannya
di dalam sebarang keadaan
Senang dan susah padanya sama sahaja, kedua-duanya menambahkan iman
Kerana itulah di dalam Neraka ramai orang kaya-kaya
dan ramai orang-orang besar dan raja-raja serta perempuan
Marilah kita berlindung dengan Allah daripada nikmat dan kesenangan
yang membawa kufur dan derhaka dengan-Nya
Marilah juga kita berlindung dengan-Nya daripada kesusahan dan kemiskinan
yang membawa kekufuran dan derhaka dengan-Nya
Ya Allah! Berilah kami hidayah dan taufiq di dalam sebarang situasi dan keadaan
Selamatkanlah kami di dalam semua keadaan dan hal
Amin ya Rabbal alamin
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi